بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.
Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapak terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu. |
Read More... (4.99 KB) | (1688 reads) 2 comments | | Score: 0 |
|
Beliau adalah seorang gadis Lubnan bernama Sarah, ayahnya muslim dan ibunya kristian, 10 tahun membesar di Lubnan kemudian mengikuti ibu bapanya berhijrah ke Australia menetap disana sehinggalah umurnya 22 tahun & menetap disana. Terputuslah segala hubungannya dengan agama secara total! yang diketahuinya ialah dia seorang muslimah tanpa pernah mengenali mushaf, tidak tahu fatihah, solat dan agama bukanlah suatu yang penting bagi dirinya.
"Saya teruskan pengkisahan ini dengan mengubah penceritaannya seolah-olah seperti yang diceritakan sendiri oleh saudari Sarah". |
Read More... (5.91 KB) | (1769 reads) 4 comments | | Score: 4 |
|

Oleh: Sdr. Mukhtar Suhaili
Sumber: http://muhtarsuhaili.wordpress.com
Suami Yang Baik Berjiwa Ahli Arkeologi!
Sepertimana yang pernah saya nukilkan sebelum ini, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, saya tertarik dengan satu hikmah yang saya dapati hasil pembacaan novel karya Kang Abik ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2′. Di dalam novel tersebut dinukilkan:
Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya! |
Read More... (9.9 KB) | (2452 reads) 9 comments | | Score: 0 |
|

Oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Sumber: http://the-authenthic.blogspot.com/
Assalamualaikum wbt.
Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.
Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.
Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul. |
Read More... (5.74 KB) | (1905 reads) 9 comments | | Score: 0 |
|

Sumber : http://ceria.my/proquransunnah
Bersama kita menghayati satu kisah yang menarik yang terdapat dalam buku La Tahzan :
Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.
Kumpulan yang pertama tadi berkata: Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat. Mereka terpedaya dengan bisikan tersebut lalu mereka tidak solat subuh, zohor dan asar.
Selepas asar mereka pergi untuk menangkap ikan dan Berjaya menangkap seekor ikan. Mereka menangkap ikan itu dan membelah perutnya. Mereka semua terkejut kerana didapati sebutir mutiara yang mahal dari perut ikan itu. Salah seorang berkata : Subhanallah, ketika kita taat kepada Allah kita tidak mendapat apa-apa. Namun ketika kita menderhakainya kita mendapat mutiara. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh ini tidak patut diterima. |
Read More... (1.07 KB) | (1122 reads) 2 comments | | Score: 0 |
|

Oleh:Yussamir Yusof - Cyberjaya
URL: http://www.yussamir.com
“Assalamualaikum.”
Yusuf menegur lelaki arab yang duduk di sebelahnya. Lelaki arab itu tak membalas, hanya mengangguk kecil. Mulut Yusuf muncung mendapat respon sebegitu.
Setelah beberapa ketika, lelaki arab itu menjawab, “Maaf saya tidak menjawab, saya bukan Muslim.”
Muncung di mulut Yusuf segera kendur, cepat-cepat dia memohon maaf. |
Read More... (6.25 KB) | (1111 reads) comments? | | Score: 5 |
|

Oleh : Yussamir Yusof
Negeri Sembilan - 13 Jun 2008
Sumber: http://tetasan.wordpress.com/
Suara merdu bacaan ayat-ayat Quran Syeikh Masyari al-afasi dari telefon bimbit Pak Talib, menenangkan hati. Kelihatan Pak Talib bersandar di kerusi malas yang tersedia di ruang tamu rumah, sambil mengunyah sirih, bibirnya merah diwarnai cengkih. Rembau di bungkus sejuk malam. Bunyi cengkerik mengalun-alun membelah kesunyian malam di kampung lada. Cahaya bulan menyuluh terang tepat ke muka Razali, cucu kesayangan Pak Talib. Mak cik Munah sibuk mengemas barangan yang dibawa Rasyid dari Johor Bahru. Selalunya sebulan sekali baru cucunya itu pulang ke kampung. Tetapi tak disangka pula, baru seminggu datang ke kampung, Rasyid datang kembali. Mak cik Munah membancuh nescafe di dapur, untuk Pak Talib dan cucunya Rasyid.
Rasyid mendatangi Atuknya sambil membawa dua buah buku baru tulisannya.
“Ini dua buah buku baru saya tuk.” Rasyid mengambil kerusi di depannya, kemudian didekatkan di sebelah kerusi malas datuknya. Pak Talib berhenti mengunyah. Dia bangun dari bersandar, dan mencapai bekas dan diludahnya sirih ke dalam bekas tersebut. Dilap-lap mulutnya dengan sapu tangan putih. Merah sapu tangan itu. |
Read More... (9.66 KB) | (1224 reads) comments? | | Score: 0 |
|

Tajuk: Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Harga: RM 35.00
Penghantaran: RM 5.00
Setiap pembelian secara on-line akan mendapat buku yang ditandatangani oleh Mufti Perlis |
Read More... (344 Bytes) | (1449 reads) 1 comment | | Score: 0 |
|
|
Hadith Today |
Ibn ‘Abbas menyebut bahawa Wadd, Suwaa, Yaghuth, Ya’uuq dan Nasr tersebut asalnya nama orang-orang soleh di kalangan Kaum Nuh. Apabila mereka meninggal, syaitan mengilhamkan kepada Kaum Nuh agar membuat patung-patung ditempatkan dalam majlis-majlis mereka. Patung-patung tersebut dinamakan dengan nama orang-orang soleh berkenaan. Lalu Kaum Nuh pun membuatnya tanpa disembah. Sehinggalah apabila matinya jenerasi tersebut dan pengetahuan pun sudah tiada, maka patung-patung itu pun disembah.
-- HR. Bukhari |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Search Web Affiliates |
Top Posters |
|
|